Tuesday 22 November 2016

Lawatan Literasi Maklumat ke Zoo Negara

Pengawas Pusat Sumber SMK Bandar Utama Damansara (3) telah melaksanakan program literasi maklumat berkaitan haiwan di Zoo Negara pada 17 November 2016.

Lawatan literasi maklumat ini sangat berbaloi kerana yuran masuk ke Zoo Negara hanyalah RM 10 untuk seorang pelajar dan RM 15 untuk seorang guru pengiring.

Dengan yuran ini, kami berpeluang untuk menjelajah seluruh zoo, mengunjungi Panda Centre dan dapat menyaksikan pertunjukkan haiwan daripada jam 11.00 hingga 11.45 pagi.

Kami hanya perlu menyerahkan surat daripada sekolah yang menyatakan kami merupakan rombongan - daripada SMK Bandar Utama Damansara (3) - yang ingin membuat lawatan ke Zoo Negara dengan ahli rombongan yang merangkumi seramai 46 pelajar dan 3 orang guru pengiring.

Melalui program literasi maklumat di Zoo Negara ini, kami dapat membuat kesimpulan bahawa, bukan mudah untuk menjaga dan memelihara zoo.

Jadi, kami menyeru kepada warga alam maya untuk berilah sumbangan kepada Zoo Negara untuk menampung kos makanan haiwan, kos pembersihan kandang haiwan dan kos rawatan haiwan!

Gambar rombongan di hadapan Zoo Negara


Animal show time!


Kumpulan A bersama zirafah


Menikmati keindahan habitat rama-rama


Melihat pelbagai spesies burung di Zoo Negara

Pelajar menjamu selera dengan Dominos Pizza yang disumbangkan oleh BERJAYA


No comments:

Post a Comment

More to read

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...