Thursday 24 November 2016

2016 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi...


Tahun 2016 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Utama Damansara (3) ingin mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang pernah dimenangi oleh Pusat Sumber SMK Bandar Utama Damansara (3) di peringkat daerah Petaling Utama dan peringkat negeri Selangor daripada tahun 2011-2016.

Tahun
Kejayaan
2011
Tempat Ketiga Anugerah Pengurusan PSS Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2011 Kategori Sekolah Menengah Bandar

Johan Pertandingan Pengurusan Pusat Sumber sempena Hari Anugerah Kualiti 2010 PPD Petaling Utama

2012
Johan dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah (Menengah) sempena Majlis Anugerah Kualiti dan Tokoh Guru 2012 Peringkat PPD Petaling Utama
2013
Johan dalam Anugerah Pengurusan PSS (Sekolah Menengah) sempena Hari Anugerah Inovasi dan Kecemerlangan Sekolah peringkat PPD Petaling Utama
2015
Naib Johan dalam Anugerah Pengurusan PSS (Sekolah Menengah) sempena Hari Anugerah Kualiti PPD Petaling Utama
2016
Tempat Ketiga dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah sempena Hari Inovasi PPD Petaling Utama

Kejayaan yang telah dikecapi oleh Pusat Sumber Sekolah telah didokong oleh komitmen dan sokongan yang diberikan oleh Pengawas Pusat Sumber dengan sepenuh hati. Pusat Sumber SMK Bandar Utama Damansara (3) akan lebih berusaha pada tahun-tahun mendatang supaya Pusat Sumber SMK Bandar Utama Damansara (3) terus mempunyai tempat dalam setiap pertandingan yang disertainya.









Berikut merupakan gambar-gambar pengawas PSS daripada tahun 2012 sehingga 2016. Setiap tahun, akan ada pengawas PSS yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai pengawas PSS atas sebab tamat persekolahan, namun semangat untuk memastikan Pusat Sumber terus memberikan perkhidmatan yang terbaik sentiasa diwarisi dari generasi ke generasi. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengawas Pusat Sumber SMK Bandar Utama Damansara (3) atas komitmen dan usaha yang telah dilaksanakan!














No comments:

Post a Comment

More to read

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...