Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua Pengawas Pusat Sumber sekolah. Tujuan saya menulis ini adalah untuk menunjukkan penghargaan saya kepada semua Pengawas Pusat Sumber yang telah membantu saya semasa saya menjadi pelatih Pengawas Pusat Sumber.
Sebelum saya menghadiri temu duga untuk menjadi seorang pelatih Pengawas Pusat Sumber, saya menganggap bahawa kerja
ataupun tugas seorang Pengawas Pusat Sumber tidak betapa berat. Saya telah menganggap tugas seorang Pegawas Pusat Sumber adalah hanya untuk mengemaskan rak buku dan memastikan keadaan dalam perpustakaan sentiasa senyap. Saya
baru sahaja menyedari kepentingan dan peranan sebagai
Pengawas Pusat Sumber semasa saya menjadi pelatih Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Pada hari pertama
saya bertugas sebagai pelatih Pengawas Pusat Sumber, saya memang telah berasa kagum
bahawa perpustakaan merupakan sistem pengklasifikasian bahan yang mantap dan juga bahawa keadaan perpustakaan amat
bersih dan kemas. Sejak hari itu hingga sekarang, saya telah mempelajari banyak
pekara yang baharu dan sungguh berfaedah. Saya juga telah dapat mengasah kemahiransaya. Memang segalanya dapat berlaku dengan bimbingan
daripada rakan sekerja saya, yakni Pengawas Pusat Sumber.
Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Yeoh Zi Qing, Penolong
Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Wong Hui Shyen dan Pengawas-Pengawas Pusat Sumber yang kini berada di Tingkatan Lima
dan yang telah bersara; atas bimbingan, bantuan, pendidikan, dedikasi,
sumbangan, perhatian dan pengorbanan masa yang diberi kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang lebih muda daripada mereka. Mereka juga telah memberi ilham kepada Pengawas Pusat Sumber yang
baharu seperti saya dan juga Pengawas Pusat Sumber yang lain untuk bekerja keras,
menjadi bertanggungjawab dan berdedikasi terhadap Pusat Sumber.
Saya juga ingin
mengucapkan selamat maju jaya kepada Pengawas Pusat Sumber yang akan menghadapi peperiksaan
S.P.M dan P.M.R.
Sekian, terima kasih.
Lembaga Pengawas Pusat Sumber Sekolah, yang seumpama keluarga! |
Ajay Suresh
(Pengawas Pusat Sumber, dilantik 2013)
For the English translation of this post, stay tuned as it will be uploaded shortly
No comments:
Post a Comment